Wednesday 29 June 2016

KENAPA JERAWAT BERULANG

Kenapa Jerawat Berulang?

Anda punya masalah jerawat kronik yang masih belum menemui jalan penyelesaian? 

Dah cuba macam-macam produk. Jerawat hilang seminggu dua, lepas tu jerawat berulang lagi.
Stress kan? Jadi dalam artikel ni, saya akan kongsian punca kenapa jerawat berulang?
Sebelum itu, jom ketahui apakah faktor yang menyebabkan jerawat berlaku

KETAHUI FAKTOR YANG MENYEBABKAN JERAWAT BERLAKU

1) MASALAH KETIDAKSTABILAN HORMON
Tahukah anda, 67.5 % individu yang berusia 15 sehingga 28 tahun mengalami ketidakstabilan hormon. Hormon yang tidak stabil akan menyebabkan hormon libido meningkat (hormon yang menyebabkan tumbuh jerawat). 

Peningkatan hormon libido akan menganggu proses penghasilan minyak pada kalenjar wajah dan menyebabkan aliran darah pada wajah tersumbat sehingga lemak pada lapisan kulit wajah tidak dapat dibuang sehingga terbentuknya jerawat.


2) BADAN BANYAK TOKSIN
Tahukah anda, toxin yang banyak dalam badan akan cuba keluar melalui liang-liang pori pada wajah dan badan manusia. Oleh itu, apabila badan banyak toksin, ia akan keluar dan menjadi jerawat. Sebab itulah ramai yang mempunyai jerawat pada bahagian belakang. Wajah apatah lagi...


3) PENGHASILAN MINYAK BERLEBIHAN PADA WAJAH
Tahukah anda, minyak berlebihan pada wajah juga menjadi punca utama jerawat? Penghasilan minyak berlebihan akan bercampur dengan kotoran pada luar wajah menyebabkan ia sukar dibersihkan dan menjadi faktor pembentukan jerawat yang pantas?

4) WAJAH TIDAK DIBERSIHKAN DENGAN BAIK
Untuk wanita-wanita yang sering menggunakan make-up ketika keluar rumah, perlu untuk anda ketahui bahawa pemakaian make up mengandungi bahan-bahan kimia yang tidak elok untuk kulit wajah. Jika anda memakai make-up, pastikan anda mempunyai pencuci muka yang mampu membersihkan kotoran pada wajah secara dalam sekaligus membekalkan nutrient pada wajah anda.


APAKAH JENIS-JENIS JERAWAT?
Secara amnya, terdapat 3 jenis jerawat yang utama.

     1)    Jerawat bengkak merah
     2)    Jerawat bermata atau bernanah
     3)    Jerawat pasir

Cuba kenalpasti, jerawat anda pada kategori yang mana?
Kenapa saya suruh anda kenalpasti?
Sebab dengan mengenalpasti jenis jerawat, ia boleh memberitahu kepada kita apakah punca utama jerawat anda.

Jerawat bengkak merah


Jerawat yang bengkak merah selalunya merupakan jerawat yang berpunca akibat ketidakstabilan hormon. Hormon yang tidak seimbang akan mengganggu sistem dalam badan kita sehingga tumbuh jerawat. Bila wanita period, jerawat  pasti tumbuh. Itu menandakan bahawa hormon dalam badan anda sedang tidak stabil.

Begitu juga saat kita stress. Stress akan menyebabkan hormon terganggu. Sebab itu selalunya individu yang belajar atau kuat bekerja akan ditumbuhi banyak jerawat. Dan jerawat tersebut jenisnya bengkak merah.

Jerawat bermata atau bernanah


Jerawat bermata atau bernanah merupakan jerawat yang berpunca akibat toksin yang banyak daam badan. Bila badan banyak toksin, toksin akan cuba keluat melalui liang roma. Dan terjadilah jerawat, paling selalu di bahagian belakang badan dan wajah kita. Jerawat yang keluar adalah jerawat bermata dan bernanah. Itu tandanya jerawat toksin.


Jerawat Pasir



Jerawat pasir berpunca akibat pengumpulan kalenjar minyak yang sangat besar di bahgain pori-pori wajah. Pengumpulan kalenjar minyak pada wajah akhirnya akan menyumbatkan liang-liang pori dan menyebabkan tumbuh jerawat yang bersaiz kecil iaitu jerawat pasir. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh penggunaan make up yang kerap tetapi tidak dibersihkan segera sehingga menyebabkan liang pori tertutup dan membentuk jerawat pasir.

Dengan mengetahui faktor dan jenis jerawat, saya sebenarnya telah merungkaikan faktor yang menyebabkan jerawat berulang.

Sebab apa?

Sebab, selagi badan kita ada ada masalah-masalah di atas, selagi itulah jerawat akan berulang.

Jadi ingat, untuk atasi masalah jerawat, kena atasi masalah dari punca terlebih dahulu. Bila kita atasi punca, saya jamin, jerawat tidak akan berulang!

Hubungi saya untuk konsultasi.
Azie : 0128660655


Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491



FB: Zie Azieyana

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com