Tuesday 12 July 2016

Kejayaan yang Tidak Datang Dengan Mudah

Ini kisah pahit manis saya menempuh kejayaan yang tidak datang dengan mudah.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana yang kamu dustakan?" - Ar Rahman, 55

Gambar keluarga
Baris hadapan: Dar kiri: Abang Sepupu, Ayah
Baris belakang: Dari kiri: Adik no.5, isteri abang sepupu, saya, adik no.3


Masa kecil, saya masih ingat, pernah seminggu menu makanan adalah nasi goreng yg digoreng arwah Mak. Sebab tak ada lauk pauk di rumah. Hanya beras. Sekolah rendah saya hanya berjalan kaki ke sekolah, SK Lahad Datu III.

Tingkatan 4, Allah ambil arwah Mak. Setahun ayah tidak bekerja, turut sakit, mungkin tekanan kehilangan isteri.

Kami hidup dengan hasil jualan nasi lemak yg saya jual setiap hari di sekolah, SMK Agaseh. Bangun seawal 3 pagi stp hari utk buat nasi lemak, selama setahun sehingga ayah bekerja semula.

Di Kolej Matrikulasi Labuan, saya tetap menjadi pusher nasi lemak, dgn upah 20 sen sebungkus dr pensyarah.

Masa mula-mula masuk UMS, saya selalu merungut.

Kenapa orang tu dapat biasiswa aku tak dapat? Sdgkan pointer aku lagi tinggi dari dia.

Saya mohon zakat UMS 2 tahun berturut2. Tak dapat.

Saya mohon zakat sabah 2 tahun berturut2. Tak dapat jugak.

Tak tau lah mcm mana orang di pusat zakat ni buat kerja. Kalau ikutkan saya terlebih layak sebab anak yatim, ayah kerja pemandu lori saja. - ini semua antara keluhan saya.
Lepas saya fed up mohon biasiswa @ bantuan yg tak dapat-dapat, saya tulis dalam buku diari.

FIRST CLASS. -supaya PTPTN convert jadi BIASISWA.

Itu fokus utama saya. Saya nak dapat first class!!!
Ramai pensyarah nasihat saya supaya kurangkan terlibat dalam aktiviti kepimpinan universiti, tapi saya jenis tak boleh terperap dalam bilik saja. Tahun 1-3 hampir semua pegawai HEP kenal saya, muka asyik buat program kan.
Tahun 2013, saya dapat anugerah Pemimpin cemerlang Fakulti under UMS, dapat cash RM 500.
Tahun 2014, saya dapat anugerah Tokoh Pelajar under Fakulti.

Dari tahun 1-4 saya ikut debat dan pidato, kalau tak dapat masuk final, masuk separuh akhir pun saya tetap dapat cash. 200-300 tiap kali pertandingan.
Saya suka menulis. Sajak atau cerpen. Tiap kali saya hantar sajak ke Tunas Cipta saya akan dapat RM 100, cerpen RM 300.
Dari tahun 2-4 saya jual Sandwich. Tiap pagi hantar ke kafe PPIB UMS. Income sebulan RM 250- RM 400. Siapa pernah beli? Sandwich sedap tu sayalah yg buat tiap hari lepas solat subuh tatkala anda masih nyenyak tidur.(Haha ok ini perasan sikit.)
4 tahun pengajian ijazah sarjana muda, saya tak pernah mintak duit ayah waimah seringgit pun.
Panjang berjela-jela kan? Yang tak nak ambik pengajaran, tak payah baca, tak payah komen bukan-bukan.
Saya nak cakap, alhamdulullah, saya berjaya dapat first class. Allah tak bagi biasiswa sebab nak saya belajar sungguh-sungguh, Allah tak bagi bantuan zakat, tapi Allah bagi saya pelbagai bakat yang bukan semua orang ada, yang mana bakat tu saya boleh guna untuk dapatkan duit.
Sekarang, saya bekerja sebagai seorang guru di daerah Keningau dan menjadi pengedar shaklee. 2 kerja dalam satu masa sedangkan kawan-kawan yang lain masih menganggur.
Semua nikmat yang Allah bagi membuatkan saya tak boleh nak mengeluh lagi bahkan saya rasa berdosa sangat sebab selalu mengeluh dulu, padahal begitu banyak nikmat yang Allah bagi untuk saya beroleh manfaat.
Untuk adik-adik junior yg masih tanya saya mcm mana saya boleh dapat first class dan aktif dalam pelbagai aspek, saya boleh cakap saya usaha, tawakkal, FOKUS, dan percaya Allah tu Maha Adil. Dia tak akan bagi nikmat sama untuk setiap orang. Syukur atas segala nikmat yang Allah bagi, nescaya kamu akan sentiasa berasa cukup.

Jangan pernah jadikan kesusahan sebagai alasan kepada kegagalan.

Saya buktikan, kesusahan itulah batu loncatan kejayaan!




Semoga kisah ini dapat menjadi inspirasi untuk adik-adik yang susah dan ingin berusaha! Percayalah, kejayaan milik anda. milik kita semua.

Sekian,

Salam sayang. :)



No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com